If you judge people, you have no time to love them.

Friday 15 March 2013

Perbezaan handset AP n Ori


Ada ramai pembeli/pemilik telefon bimbit bertanyakan samada handphone yang dijual di kedai original ataupun tidak?Ada yang bertanyakan perbezaan di antara AP set dan Original set. Justeru itu, kami di highspecpcit ingin berkongsi sedikit ilmu kepada anda. Diharapa selepas anda membaca artikel ini, anda akan menjadi pengguna yang bijak dalam pemilihan telefon bimbit.Jika ada kesilapan info / maklumat kami minta maaf dan diharap dapat memberi teguran.
DEFINISI

AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah.

Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.

Tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set dalaman dan menjualnya dengan harga yang sama dengan set original dipanggil set recondition (atau recond)
WARRANTY

Dari segi warranty, paling baru, AP set menawarkan warranty selama 15 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULAN untuk LCD. Hanya 1 BULAN warranty sahaja diberikan untuk battery dan chargar. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA.

Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM, COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific Solution dan Future Technology. Kebiasaannya syarikat baikpulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.

Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke Gopeng atau Senawang misalnya. Tak ada Pacific solution kat senawang untuk dihantar ke sana.

Warranty Original set pula datangnya dari Zithron atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 TAHUNtermasuktrasceiver, LCD dan battery.Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di negeri itu.


No comments:

Post a Comment

 
some_text